Post



Gelak tawa mereka menerjah ke bilik sebelah. Boleh dikatakan setiap hari pasti mereka akan dimeriahkan dengan gelak tawa walaupun hanya sekadar gurauan kecil. Ada sahaja yang menjadi topik perbualan sehingga mendatangkan gelak tawa yang sangat dicemburui oleh orang yang mendengar tawa itu. Sesibuk mana pun mereka, jarang sekali mereka tidak bertegur sapa. Walaupun ada di antara mereka bukanlah penghuni bilik ini, tetapi mereka serasi.
Apabila malam menjelma, pasti mereka akan duduk semeja di sebuah kedai berhampiran kolej. Bersama-sama melangkah sambil bergurau senda, bergelak ketawa. Riang seperti burung yang bebas berterbangan di angkasa. Gembira ibarat pungguk temui bulannya. Berempat berjalan seiringan menuju ke depan. Sesekali menoleh ke belakang kemudian kembali tertawa.
"Malam ni nak makan kueteaw kungfu."
"Selalu pun ko order kueteaw kungfu la."
Gelak tawa kembali mengetuk gegendang telinga. Fazira, sememangnya setiap malam akan memesan kueteaw kungfu. Baginya kueteaw kungfu terbaik adalah kueteaw kungfu yang dimakan di kedai Hafiz. Walaupun setiap malam menjamah makanan yang sama, dia tidak jemu-jemu. Seperti mana melayan teman-temannya.
"Jomlah melintas sekarang, kereta dah tak ada."
Cepat-cepat mencapai tangan salah seorang dari temannya. Dia tidak berani melintas jalan. Bukan tidak berani cuma berhati-hati. Sesekali tangan Melly dicapainya, mungkin juga Arifah atau kadang-kadang Farah menjadi mangsa. Itu perkara biasa bagi mereka. sudah faham benar dengan situasi yang akan dihadapi mereka.
Hanya kebelakangan ini, Fazira agak menjauh. Selepas hari itu, tidak lagi kelihatan senyuman meniti dibibir Fazira. Silapnya dimana mereka tidak pasti. Selepas dua hari menjalankan tugas sebegai volunteer kepada satu acara di Damansara, dia mula berubah. Seperti mahu melarikan diri dari teman-temannya. Puas difikirkan mengapa harus begitu jadinya?
"Kenapa eh tiba-tiba masam aje, Fafa tu?"
"Dia kecik hati dengan ko la, ko bahan dia malam tu."
Masing-masing teringatkan peristiwa malam sebelum Fazira pergi menunaikan kewajipannya. Adakah mereka terlalu kasar bergurau dengan dia? Atau dia memendam perasaan mengenai hal lain? Tidak pasti apa yang harus dibincangkan jika mereka bertanya kepada Fazira. Adakah mungkin kerana teman-temannya tidak memberi ucapan hari lahir kepadanya?
"Kita beli kek nak? Kita share la. Dia merajuk kita lupa birthday dia kot?"
"Ok, jugak."
Lantas Sabil dan Melly melaksanakan cadangan yang tidak seberapa itu. Arifah pula tiada bersama kerana keluar bertemu dengan temannya yang lain. Sambutan yang tidak seberapa itu telah diadakan di dalam bilik. Selepas lampu dipadam dan lilin dihidupkan mereka menunggu Fazira kembali ke bilik. Tidak lama kemudian Fazira kembali.
"Happy birthday to you, happy day to Fazira, happy birthday to you."
Seketika wajah Fazira yang sudah beberapa hari tidak manis, telah diwarnai dengan senyuman. Sebaik sahaja meniup lilin dan memotong kek, mereka mula bergelak ketawa buat seketika. Selepas bermain dengan krim kek, mereka kemudian menjamah kek. Beberapa potong kek diberikan kepada teman-teman lain. Ila, Wani dan Sakinah, penghuni baru bilik itu turut sama menjamah kek yang tidak seberapa ini.
Namun senyuman manis itu tidak kekal selamanya. Selepas seketika, Fazira kembali dengan tugasnya. Senyumannya juga telah hilang. Sabil, Melly dan Farah agak terkilan. Tetapi apakan daya mereka sudah buntu. Sudah tidak tahu apa yang patut mereka lakukan supaya Fazira kembali seperti dahulu. Mereka mahukan Fazira yang dulu tetapi Fazira sudah menjadi Fazira yang baru.
Sejak malam itu, hubungan mereka dengan Fazira mula rengang. Kini tidak lagi makan semeja. Malah tidak lagi bergurau bersama. Dia makan bersama teman-teman barunya. Mungkin dia lebih selesa yang teman-teman baru. Lantas dia melupakan teman lama yg sudah beberapa tahun rapat dengannya. Apa daya, sedangkan ombak dilaut boleh berubah inikan pula manusia.
Kini hilanglah seorang kawan terbaik yang pernah mereka kenali. Namun mereka masih mempunyai antara satu sama lain. Tiada Fazira mereka masih bergembira. Masih seperti biasa. Mampu bergurau senda da bergelak tawa.

*****

Semester baru kembali lagi. Kini mereka tidak lagi menghuni bilik yang sama apabila pihak pengurusan berpendapat semua penghuni asrama tidak dibenarkan memilih bilik mahupun teman. Selepas mendaftarkan diri di asrama, nyata mereka tidak lagi menghuni bilik yang sama. Bagi Fazira itu adalah hal biasa. Dia tidak kisah dengan siapa dia akan tinggal. Kerana dia sendiri mungkin tidak mahu menghuni bilik yang sama dengan teman sebilik yang lama.
Kedudukan bilik yang berlainan tingkat menyebabkan sedikit sukar mahu bertemu antara satu sama lain. Apatah lagi kelas mereka sama sekali tidak sama waktunya. Apatah lagi selepas beberapa minggu memulakan kelas, Ramadan pun menjelma. Permulaan semester yang tidak teratur menyebabkan masing-masing sibuk mengemas kini jadual. Hanya sempat makan tengah hari bersama-sama. Mungkin beberapa kali makan malam bersama.
Sejak itu bermulalah kisah baru antara Melly, Arifah Sabil dan Farah. Terfikir sejenak, bagaimana harus dilalui masa yang akan datang? Mereka tidak lagi bersama. Tentu akan berlaku salah faham antara mereka. Mungkin juga ya mungkin juga tidak. Tetapi melihatkan situasi sekarang, pasti semua orang pun tahu. Mereka ada haluan masing-masing.
Farah termenung dibalkoni sambil menikmati siulan angin. Kemudian terdengar namanya dipanggil. Sabil sedang memanjat tangga menuju biliknya ditingkat tiga. Selepas seketika berbasa-basi Farah kembali bersendirian. Begitu juga selepas beberapa hari. Namun masih tiada perasan cemburu ataupun marah. Masih tenang melayan perasan.
Tatkala Ramadan menjelang tiba, ligat fikirannya bermain dengan soalan. Bagaimana harus dilalui Ramadan kali ini? Ramadan pertama yang akan dilalui dengan teman-teman baru pasti agak sukar. Apatah lagi waktu kelas yang tidak seperti dahulu. Bagi Farah inilah Ramadan paling sukar untuk dihabiskan. Awal Ramadan Melly dan Arifah pulang ke kampung. Sabil pula semestinya akan pulang, rumahnya hanya sejengkal dari kolej.
Hari demi hari berlalu. Semakin lama semakin hampir tiba Syawal. Namun tidak sekali pun mereka berbuka bersama. Tetapi apabila menjengah ke bilik Melly dan Arifah mereka tiada. Terbantut rancangan mahu mengajak mereka berbuka. Bertemankan Ila, Farah menapak ke bazar berhampiran sendiri. Mujurlah ada Ila, dapat juga menjadi teman Farah.
Semakin hari semakin jauh hubungan antara Farah, Melly dan Arifah. Apatah lagi dengan Sabil yang hanya akan berbasa-basi ketika dia mahu memanjat tangga. Segala-galanya berubah. Mereka tidak lagi makan bersama seperti dahulu. Pernah sekali Farah terasa hati apabila ketika dia sedang berbicara dengan Melly, tiba-tiba Wani hadir serentak itu juga pertanya Farah tergantung tidak dijawab. Sebaliknya Melly tiba-tiba mempunyai idea yang lebih mesra untuk berbicara.
"Ingatkan nak ajak dia keluar. Dia banyak hal pulak dengan Wani." Bebel Farah sendiri.
Sambil menuruni anak tangga, Farah berpaling. Mesra benar mereka sekarang. Bukan sekali. Bukannya dua. Mungkin mereka sering bersama. Mungkin mereka selalu bertemu. Tetapi, bukankah tidak kerap bertemu lebih banyak hal dapat dibualkan? Salah tanggapan itu. Semakin jauh, semakin pudar rasa mahu berbual.
Cemburu. Marah. Mungkin. Tidak pasti apakah perasaan yang sedang ditanggung Farah. Tetapi jauh disudut hati dia terkilan. Pernah beberapa kali dia melihat mereka keluar tetapi dia langsung tidak tahu ke mana dan kenapa? Bertemankan laptop buruk yang semakin nazak, Farah menulis. Bercerita akan tentang hati luka. Adakah Fazira berubah kerana hal yang sama? Kerana hadirnya Farah, seperti mana Farah terasa apabila hadirnya Wani dalam kehidupan mereka?
Bertemankan lagu-lagu yang berkumandang docorong radio, dia menghabiskan masa-masa yang terluang untuk mencoret segala hal yang sedang dia lalui, yang direka sendir dan segala hal yang berkaitan dengan hidup. Saat mata hampir terlena, tiba-tiba sebuah lagu berkumandang. Liriknya seakan boleh dijadikan tajuk kepada sesuatu yang mahu dicoretkan. Walaupun tema lagu ini adalah cinta, tetapi selepas difahami, bait-bait lagu ini sesuai untuk seorang insan bernama kawan. Selepas sedikit pertukaran kekasih kepada kawan, lagu ini ditujukan kepada mereka yang pernah membahagiakan seorang Farah yang digelar kawan.

Katakan ini hanya
Hanyalah mimpi
Yang seharusnya tak kau katakan
Bagaikan petir di siang hari
Menghanguskan aku
Selamat tinggal kawan, selamat sahabatku
Kawan terbaik yang pernah singgah dihatiku
Jangan pernah kembali
Duhai sayangku
Jikalau aku selalu
Menghambat langkahmu
Semua ku lakukan kerana sayangku
Ternyata kau salah menilai
Selamat tinggal kawan selamat sahabatku
Kawan terbaik yang pernah singgah dihatiku
Jangan pernah kembali jangan pernah ke sini
Kawan terbaik yang pernah singgah dihatiku

Untuk kawan-kawanku
Kawan, tak terniat langsung untuk sengaja menyibukan diri. Apalagi mahu mengelak diri. Tetapi semakin hari, kita seolah-olah melarikan diri. Kau dan aku, semakin jauh walaupun sekadar 10 anak tangga jaraknya. Tetapi amat berat untuk kau melangkah mendaki 10 anak tangga yang tidak seberapa. Dan aku terlalu berat melangkah untuk singgah sebelum 10 anak tangga lagi ku daki. Walaupun "mmg dah notice diorg layan org camtu...dah sorg lg kawan aku tu pon kene gak camtu,tp die wat bodo je...lgpon bilik tu bukan diorng yg punye pon,bayar pon sama2". Mungkin ada sedikit perbezaan antara apa yang berlaku kepada aku dan kawan kau yang kau maksudkan.
Kawan, jangan terasa hati. Ini hanya luahan hati yang tak seberapa. Lebih baik disuarakan daripada mendiamkan diri dan tidak tahu apa sebab musabab. Sekurang-kurangnya kita tahu, siapa salah siapa tidak. Kita juga akan tahu salah faham atau sengaja buat salah.
Kawan, maafkanlah aku andai bicara kasar aku membuatkan kau berkecil hati. Menggunakan penulisan sebagai jalan meluahkan perasaan membuatkan aku lebih puas. Tak sanggup aku meluahkan dengan kata-kata. Sesungguhnya kata-katanya lebih berbisa.


Post

my favorit band

VIERRA merupakan sebuah grup musik asal Indonesia yang dibentuk pada November 2008. Grup musik ini beranggotakan 4 orang yaitu Kevin Aprilio (piano/keyboard), Widy Soediro Nichlany (vokal), Raka Cyril Damar (gitar), dan Satryanda Widjanarko (drum). Memiliki pemain bass tambahan bernama Deryansha Azhary. Genre musik ini adalah powerpop, pop, dan beberapa lagu terinspirasi dari musik Disney. Vierra memiliki sebuah fans club yang bernama Vierrania yang dibentuk pada Maret 2009.
Album pertamanya ialah My First Love dirilis pada tahun 2009. Single pertamanya adalah Dengarkan Curhatku.
Pada bulan Juli, Vierra mengajak para pemenang kuis Vierra yang berjudul Seandainya Aku Liburan Bareng Vierra Ke Bali... untuk rekaman bersama Vierra, mereka di daulat untuk menyumbangkan suara ke dalam 4 lagu terbaru Vierra, dan rencananya album kedua Vierra akan rilis di akhir tahun ini.
Album my first love
Album yang terdri atas 12 lagu 6 diantaranya telah diliris seperti lagu: Dengarkan Curhatku, Bersamamu, Perih, Rasa ini, Jadi yang Kuinginkan, dan Seandainya.



Post

Pasar Raya Cibaduyut


Pasar raya Cibaduyut adalah sebuah pusat perbelanjaan yang menjual berbagai jenis buah tangan khas Jawa Barat. Kalau di jogja kita bisa melihat pasar Malioboro, seperti itulah bentuk pasar raya cibaduyut. Di sana kita bisa membeli berbagai oleh-oleh untuk keluarga, sahabat, dan tetangga. Harganya juga tidak merogoh kocek terlalu banyak, bahkan kita bisa menawarnya hingga 50%.
            Di sepanjang Jalan Cibaduyut Bandung, kita bisa melihat toko-toko yang berjejer memajang dagangan yang didominasi oleh tas dan sepatu. Kalau kita masuk ke dalamnya, kita dapat menemukan lebih banyak lagi. Ada pakaian termasuk jaket kulit, tas kulit, tas gendong, dompet, ikat pinggang, boneka, sandal, dan lain-lain. Harganya pun bervariasi, mulai dari beberapa puluh ribu saja sampai dengan ratusan ribu rupiah.
            Banyak tempat parkir di sana. Pakai sepeda, sepeda motor, mobil, sampai bus besar pun tidak akan kesusahan mencari tempat parkir di Cibaduyut. Selamat berpiknik ke Cibaduyut ya.. lumayan murah dan bisa ditawar hingga 50%.  Jangan lupa membawa oleh-oleh makanan khas, Peuyem.